Jom asah minda...
Apa benda tang kepala membesar hari-hari,
tang badan membesar sebulan sekali,
tang kaki membesar setahun sekali...
Post kan jawapan anda di sini...
Selamat maju jaya...
Friday, July 23, 2010
Thursday, July 15, 2010
Boleh saya pinjam duit...??
SAYE NAK BELI BAJU YANG BERHARGA RM50 TAPI SAYA TIADA DUIT,
SELEPAS ITU SAYE MEMINJAM DUET DUA RAKAN SAYA SEBANYAK RM25 SEORANG JUMLAH SAYE PINJAM RM50 .
SELEPAS SAYE PERGI KE KEDAI BAJU ITU,TUAN PUNYA KEDAI MEMBERI SAYA POTONGAN HARGA SEBANYAK RM5. SO SEKARANG SEHELAI BAJU MENJADI RM45.
BAKI DI TANGAN SAYA MEMPUNYAI RM5 .SELEPAS ITU SAYA MEMBAYAR HUTANG KEPADA RAKAN SAYA SEBANYAK RM1 SEORANG. JUMLAH DI TANGAN SAYA SEKARANG BERBAKI RM3.
SO SAYA BERHUTANG DENGAN RAKAN SAYA SEBANYAK RM24 SEORANG. JIKA DITAMBAHKAN :-
RM24+RM24=RM48.
DAN DITANGAN SAYA MEMPUNYAI RM3.
KALAU RM48+RM3=RM51 ..ABES TUH MANE DATANG RM1 ITU????
PADEHAL SAYE MEMINJAM RM50
Arrrgghhh... tolong jawab soalan saye ni.. saya nak bayar hutang tu tapi tak tau nak bayar berapa.!!!!!!!!!!!

Tuesday, July 6, 2010
Apabila Kucing Mengiaw...
INFO YANG HARUS KITA KONGSI TENTANG "KUCING"
Hmm.. tapi disebalik kelucuan makhluk ini, ternyata menyimpan satu potensi bahaya yang cukup besar. Si pussy ini ternyata boleh menjadi maklumat yang tepat dalam menyebarkan sejumlah fakta unik yang patut kita semak. Jom kita study lagi :-
Tahukah kamu, kucing (Felis silvestrid-catus), terutama kucing rumah adalah salah satu haiwan predator paling hebat di dunia. Kucing ini mampu membunuh dan atau memakan beberapa ribu species, mengalahkan kucing besar (seperti singa, harimau, dan sejenisnya) yang hanya mampu memangsa kurang dari 100 species. Namun kerana ukurannya yang comel, maka tidak berbahaya bagi manusia (syukurlah... boleh lah kita bela)
Kucing telah bersosial dengan kehidupan manusia sekurangnya sejak 3500 tahun yang lalu. Ketika itu orang Mesir kuno telah menggunakan kucing untuk mengusir hama tikus dan haiwan-haiwan kecil yang lain. Jadi, Zaman sekarang bela kucing untuk apa ya??? Kalau Tanya aku, aku jawab untuk hilangkan stress. Pada aku kucing adalah seekor binatang yang paling bijak menggoda.
Kucing biasanya memiliki berat badan antara 2.5kg hingga 7 kg dan jarang melebihi 10 kg, kecuali diberi makan berlebih, si pussy boleh mencapai berat badan 23 kg. Dalam kehidupan, kucing dapat hidup selama 15 hingga 20 tahun, dimana kucing tertua pernah diketahui berusia 36 tahun! Kucing liar yang hidup di lingkungan urban modern hanya mampu hidup selama 2 tahun atau bahkan kurang dari itu. Kenapa ya???? Adakah Zaman modern puncanya??
Kucing termasuk haiwan yang sangat bersih. Mereka sering merawat diri dengan menjilati rambut/bulu mereka. Saliva atau air liur mereka adalah agen pembersih yang kuat (untuk mereka) tapi dapat mendatangkan alergi kepada manusia. Kadangkala kucing memuntahkan semacam hairball atau gulungan rambut yang terkumpul di dalam perutnya. Ini perkara biasa untuk si Pussy. Sementara itu kucing dapat menyimpan tenaga dengan cara tidur lebih lama dan kebanyakkannya memang kucing ni adalah specis binatang yang kuat tidor. Lama tidur kucing bervariasi antara 12 - 16 jam sehari, dengan angka rata-rata 13 - 14 jam. Tapi tidak jarang dijumpai kucing yang tidur selama 20 jam dalam satu hari! Hebatkan???
Percaya atau tidak, di abad pertengahan kucing dianggap kawan baik dengan penyihir dan sering dibunuh dengan cara dibakar dan dilempar dari tempat tinggi oleh orang ramai. Sejumlah ahli sejarah percaya bahwa wabak Black Death menyebar dengan cepat di Eropa pada abad ke-14 akibat cerita tahyul itu. Hal itu disebabkan banyaknya pembunuhan kucing yang dilakukan sehingga meningkatkan kepopularan cik tikus yang membawa wabak lain pada abad itu.
Pasti ramai diantara kita sukakan kucing dan ada juga yang takut atau geli dengan haiwan jinak ini. tetapi tahukan anda terdapat beberapa perkara yang menarik tentang kucing. Jom kita study :-
1. Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan
2. Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.
3. Suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu. Menarikkan disebabkan kucing ada orang dimasukan ke dalam neraka, sebab kucing juga nabi mengelarkan Abdul Rahman bin Sakhr sebagai Abu Hurairah (bapa kucing) dan disebabkan kucing juga kajian menunjukan boleh mengurangkan darah tinggi dan stress .

Amacam?? Hebat kan sang kucing ni??
Ok, jom kita sembang pasal kisah binatang peliharaan aku pulak. Cuba korang teka binatang apa yg aku bela tu. Cuba tengok ekor dia..?? Sekali pandang macam tupai, dua kali pandang macam tapai pulak. Kekkeke...
Ok, ni la kucing aku. Nama dia si pussy. Nama ni nama turun temurun kucing yang aku bela. Dulu ada sekor lebih kurang mcm ni jugak cuma kaler oren. Mati sebab tercekik tulang. Mati depan aku pulak tu. Tak tau dah mcm mana nak selamatkan kucing yang tengah nazak tercekik tulang ni. Mengalir air mata aku tengok dia mati depan aku. Tapi tak per lah, dia mati sebelah aku.. tak ler aku rasa terkilan. Hampir 5 tahun jugak takde pengganti pussy yang oren tu. Tak tau lah kenapa, hati belum terbukak lagi kot nak carik pengganti dia. Tu dia penangan sang kucing. Kalau bercinta cepat jer ada replacement lover, tapi kucing punya hal.. 5 tahun takde pengganti. Hmmm...
Ok, alkisah aku dapat pussy ni pun pasal booking dgn org. Ibu dia memang specis ekor kembang mcm ni. Ibu dia beranak 5 ekor, tapi yang kaler ni jugak yg hidup. Aku ambik dari rumah orang tu time dia dah besar jugak.. 5-6 bulan kot age dia. Dah lepas susu badan pun. Sedih jugak nak pisahkan dia dengan Ibu dia.. tapi nak buat mcm mana kan. Aku bela dia utk yang lebih baik. Sebab orang yang bela ni pun sebenarnya nak buang kucing2 ni sebab Ibu tu kucing datang. Dah halau banyak kali tapi lepak jugak kat umah org ni. So.. better aku ambik. 1st day aku ambik dia, masuk dalam kereta.. punya la dia meroyan dalam kereta. Biasa la kucing kan jakun naik kereta. Anak2 aku yang kebetulan dalam kereta tu pun turut meroyan jugak bila tengok kucing ni tak keruan. Kekekkeke.. Sampai rumah aku terus simpan dia dalam toilet atas sebab toilet aku jarang anak2 aku gunakan. Petang tu order sangkar & peralatan rumah dia.. dapat 2-3 hari lagi. Tu yang sumbat dulu dlm toilet tu. Punya la bising 1 rumah. Kekekkekeke... Tapi kejap jer. Esok aku bagi dia keluar tapi dia lepak kat hall atas jer. Tak berani nak turun bawah. Masih penakut lagi la that time. Aku paham tu.
2 hari kucing aku tu tak berak & kencing. Aku kurung jer dlm bilik air sebab nak soh dia buat port berak kencing dalam tu. Tak mo la dia carik port kat luar. Tau la diorang ni, sekali dah buang, situ ler port baik diorang. Kkekkekeke.. nak jadik kan cerita... hari ke 3 pagi tu aku bukak jer pintu bilik air tengok ada taik & kencing dia. Kkekkeke.. Lega aku beb. Finally. So, aku tau lah lepas ni memang dia akan berak kencing kat situ jugak. Hmm.. alhamdulillah... pussy ni bijak, x de pun dia berak kencing merata2 sampai la sangkar & tempat berak dia sampai. Maka, tidor la dia kat luar dalam sangkar 1 tingkat aku belikan. Ada toilet berpasir dalam tu. Sampai la sekarang, x penah dia buang najis merata2 walaupun aku bebas biarkan dia di lama rumah.
Tapi, dia ni dah dapat penyakit pemalas nak berak kencing pulak. Tahan jer kot. Kalo weeknd memang aku lepas kan dia main kat dalam and luar umah. Time tu la dia tak nak berak kencing. Makan punya la banyak.. lepas makan asyik nak main jer. Panjat sofa, tangga, nyorok belakang pokok. Hisss.. mcm2 lagi ler peel dia ni. Aku ni sampai riso tengok dia x nak berak kencing. Dia ni mengada. Nak kena aku angkat dia masuk dalam sangkar dia baru dia berak kencing. Kalo tak buat mcm tu, dia dok tahan jer. Geram betul aku. Tu la bijaknya kucing aku. Lagipun memang sah dia ni bijak sebab kat lelangit mulut dia ada tanda hitam. Orang kata gitu. Kalo lelangit kucing ada tanda hitam, kucing tu bijak. Kekekke.. tengok la tuan dia jugak. Bezanya lelangit aku x de la kaler hitam tu.
Ok, bab makan pulak aku selalu merebus jer ikan2 tu. Kengkadang campur ngan nasik. Kengkadang ratah ikan jer dia tu. Kalo aku x de masa sangat, makanan segera dalam tin lah atau biskut. Pastu kucing aku ni demanding. Tak nak minum air kosong. Nak susu!!!! Hissshhh... naik lagi budget aku. Tapi x per.. sonok tengok dia lahap minum susu tu. Tapi dia ni memang kuat makan. Badan dia pun dah naik sangat tu. Aku baru bela dia 2 bulan pun, dah nampak bujang pun sekarang sebab dah besor.
Plan aku sekarang aku nak bawak dia gi Klinik. Gi sunat kan dia. Semalam masa aku kuar kejap gi kedai, malas nak kurungkan dia. Balik tu tengok dia tengah usha betina mana entah. Ciss.. dah menggatal rupanya. Siap main kejar2 lagi. Ini sudah melampau. Ada yang kena sunat ni kang. Tengok lah nanti.. dalam masa terdekat ni. Gi kinik kat puchong jer kot. Kat situ ada. Jaga kau pussy. Malas aku nanti kalau dia dah start memancut jer.
Setiap minggu mandikan dia dan potong kuku dia. Tu memang wajib. Kang habis sofa aku lobang2 dia kerjakan. Katil Goodnite yang aku baru beli tu pun dah ada kesan lubang kuku dia. Huh... Tak boleh jadik betul dia ni. Ganas dan buas. Tapi, we'll memang sayang kat dia ni sebab dia memang kucing yang tak buat hal dan tak buat ragam. Aku harap dia semakin sihat dan kuat.
Subscribe to:
Posts (Atom)