Perjalanan hidup kami....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, April 3, 2011

Impiana Beach Resort & Spa ~ Cherating

March 5~6, 2011... Destinasi pilihan kami di Cherating, Kuantan. Bertolak dari KL jam 6 pagi... walaupun perjalanan hanya mengambil masa 4 jam sahaja, tapi kami lebih suka bertolak seawal pagi, sebab sejuk dan tak sibuk.Memulakan sarapan di Cherating jam 10. Kemudian, terus ke Kemaman, 1/2jam dari Cherating untuk menikmati Satar di gerai Aziz Satar di Pantai Mak Nek. Kawasan ni memang terkenal dengan otak2 & satar yg fresh. Tapi pilihanku di warung Aziz Satar. Memang mantopp!! Ok.. jam berdetik pukul 2, bergegas ke "Impiana Beach Resort & Spa".. Wow.. Memang best.. nice.. cun. We'll booked bilik Deluxe Room.. peerrgghh... very romantic room. Percutian 1 malam memang menyeronokkan.. bermain pasir yg putih di gigi pantai.. Ombak yg kuat memukul badan.. Angin yg mendamaikan jiwa... Hotel ini adalah Best Recomended untuk you all... I'll be there again...

Pangkor Island Beach Resort

Bulan April trip we all pegi Pangkor Island Beach Resort yang terletak 30 minit dari jeti Lumut ke situ. The only Pangkor Beach yg ada kat sini. Bot pun yg special ke arah sini saja. KItorng naik bot jam 1.45ptg dan sampai resort jam 2.15ptg terus check in bilik Ocean Wing.. bilik 2nd grade... boleh tahan. Lepak semalam je sebab mahal jugak biliknya. Bilik ok je.. selesa.. facing pool n laut.. Ada balcony boleh lepak kat luar. Memang indah. Sini kawasan mat salleh jer.. Melepak tepi pandai mcm sotong kering... heheheh. Cuci mata lah kami. Petang aktiviti main pasir n main tepi pantai bersama anak2. Pantai tak seindah Cherating. Cherating pasirnya putih bersih. Sini... ok la... privacy sebab x de orng lain selain org2 kat resort ni. Lepas tu layan anak main pool pulak. 2 jam anak2 ni berendam sampai kecut. Ok, jalan2 tepi pantai sambil melihat sunset. Tempat recomended untuk honeymoon kat sini... pasti mendamaikan jiwa.. Sehingga berjumpa lagi ke destisasi seterusnya... Maybe kita ke Batu Ferringgi, Petang. Ada masa saya download gambar ya... Bye