Perjalanan hidup kami....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 10, 2010

Aku dan MSOG

Sudah hampir 2 tahun aku bekerja di sini, di Procurement Department. Ini Company ke 2 aku yang aku berkhidmat paling lama buat masa ini. Paling lama 6 tahun. Aku bersyukur diterapkan ke department ini. Aku punyai kawan sekerja yang sekepala dengan aku dan aku takde apa2 masalah berurusan dengan diorang. Banyak jugak rintangan, rintihan dan pengalaman di sini. Dari takde Boss, sampai lah ada Boss. Boss bertukar ganti and sampai boss pun x de, tapi tu semua tak menggugat perjalanan procurement di sini. Sekarang, kami cuma ada 4 org yang menjalankan urusan procurement untuk semua project. Hebat bukan??? We'll semua perempuan tau. Bukan calang2. Tahniah buat group aku!! Kerana korang aku masih ada di sini.



Siapa tak kenal Misi Setia Oil & Gas... semakin grow dan semakin well knowed. Congratulate!!!! Management ok jer.. takde banyak masalah. Yang banyak timbul masalah semua pekerja2nya saja. Tapi tu tak penting bagi aku. Biasa la, company besar... mcm2 hal dan perangai org kita jumpa. Ada yg suka kita, ada yang tak suka kita... Tu semua manusia lah. Siapa kita untuk menidak kehendak manusia kan??? Selagi ada upaya untuk bersabar, sabar jer lah. Selagi periuk nasik aku diorang tak masukkan pasir dah ler. Buat masa ni aku bersyukur dengan rezki di MSOG.


Aku nak move Company lain pun malas. Takut tak jumpa dah dengan Team Procurement aku yg hebat ni. Lagi pun banyak benefit yg diorang provide kat sini. Ye lah, before ni aku kena company kecik jer, mana nak provide ni semua. (Kalau ada staff MSOG yg baca ni terjelir lidah sebab loya dengan statement aku ni, sorry lah ya. Come on lah, nama pun BLOG aku kan.. so, ni luahan aku la) Hehehehe... Pastu tiap2 sabtu dalam sebulan akan ada event/CSR. Kat sini mcm2 kitorang punya activiti.. memang fun habis.. Kengkadang memang malas nak attend hari sabtu. Baik tido kan...?? Tapi bila dah attend, memang best. Ada tournament la, melawat anak2 yatim la, CSR kat waterfall la, Futsal lah and mcm2 lagi lah. Aku rasa yang ni memang x banyak company buat kot.


Tapi dalam hapy2 pun kengkadang ada yang tak hepi jugak. Nak kata air mata aku ni dah lali mengalir kat sini. Maklum la... org ada taman dalam hati. NAmpak brutal tau, tapi aku ratu airmata. kihkihkihkih... Malu I. Nangis sebab kerja, nangis sebab perpisahan, nangis sebab gembira.. semua guna airmata. Bab perpisahan la yang paling aku tak suka kat sini. Sorang2 teman rapat pergi. Nak halang pun dah tak boleh kan sebab tu kehendak masing2. Tu aku cakap, aku mungkin bahagia di sini tapi tidak pada org. Nama pun BLOG aku kan... hehehhe. Ni Suzi pulak going for leaving us. One of my group ni. Banyak kali dah pujuk dia, tapi x berhasil. Aku paham dia.. nak halang pun x sampai hati. Nak soh pegi pun mcm kejam sangat bunyik dia. Tak per lah G... "Ada hikmah tersembunyi" - kata2 di KLCC. Hanya kau dan aku saja yg tahu.


Anyway, aku harap group procurement aku ni akan maintain lah. K.Wa, Ina n Chee. I love you'll so much!!! Ingat... "JANGAN ADA BENCI ANTARA KITA"