Perjalanan hidup kami....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, June 7, 2010

DSLR Aku





DSLR stand for Digital Single-Lens Reflex Camera. Aku nekad jer beli benda ni yang berharga hampir 2 ribu. Tu pun yang paling biasa dan murah yang sesusai untuk golongan macam aku yang tak tau apa-apa pasal skill nak gunakan DSLR ni. Aku cuma tau camera ni boleh shoot gambar yang cantik2. Model tak cantik pun takper, asal guna camera DSLR, hasilnya tetap memuaskan. Dah lama sangat tangguh2 nak beli camera ni sebab harganya. Tapi 1 malam tu aku nekad giler.. pegi IOI kedai camera. Tak sampai 20 minit sales tu buat presentation kat aku, aku terus sambar. Siap g bank cucuk duit lagi. Aku rasa kedai tu ler yg paling lewat tutup malam tu. Aku sampai IOI pun dah kol 8, g makan lagi pastu baru g kedai camera. Kol 10.15 baru settle jual beli. Sebab nak kena belajar lagi ler mcm mana guna. Presentation tu dia just soh kita pegang n try amik gambar jer. Lepas confirm beli baru dia ajar mcm mana nak amik gambar dengan cara betul. Lepas tu balik rumah dengan perasaan yang amat amat excited. Terus charge bateri dia sementara tidurkan anak2. Apa tak nya.. sampai rumah pun dah kol 11 lebih. Mlm tu operasi aku ngan hubby aku amik gambar. Pertandingan siapa shoot terhebat selepas 3 jam membeli dan belajar. Kihkihkih... Banyak hasil yang dapat la.. memang puas hati beb dgn gambar2nya. Best giler....


Nak pakai DSLR ni kena hafal lah function2 dia, kalo tak semua function tu tak pakai.. sayang. Selang seminggu kitorang plan pegi bercuti. Amik tempat yang dekat jer lah sebab nak test camera. We'll g P.D. stay kat The Legend International Water Challet. Macam2 gambar ambik. Tak boleh nak cakap dah kepuasan pakai camera ni. So, kalau ada kawan2 kat sini yang minat bab2 photograph ni.. cuma ler beli seketul camera ni. Memang puas hati. Tak tau tak per, beli dan learn every step yang kita ambik tu. Insyaallah boleh.






Lagi satu, info yang I dapat la.. lense dia ada mcm2 jenis. Kalo yang package beli terus ada tu sesuai untuk ambik gambar View.. pemandangan. Kalo nak ambik gambar pengantin atau more too orang, kena tukar lense lain untuk dapat hasil yang lebih memuaskan. Tapi haritu aku amik gambar sepupu kawin pakai yg biasa pun dah nampak cun.. Aku rasa kena tengok skill n tangan jugak kot. Hehehhe... tangan aku sejuk kot pegang camera... hakhakhak...



So.. aku rasa zaman sekarang org dah tak pakai digital camera atau webcam kot. Aku tengok ramai dah kehulu hilir pegang DSLR ni. Nak g makan pun ada camera atas meja. Dasyat kalo mcm tu... hehehhe.. Aku control skit ler pasal mak budak kan.. kena control ayu gak. hehehehhe...



So frens, ada beberapa keping photos yang aku ambik yang boleh kita share sendiri. Gambar2 yang di ambik ni adalah hasil selama 2 bulan aku pegang DSLR ni...