Perjalanan hidup kami....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 4, 2010

Kordial Buah











Macam biasa, aku tetap menjalankan perniagaan Kordial Air Buah yang sedap dan halal. Kordial yang mempunyai sukatan 3L dan mempunyai 12 perisa yang enak2 belaka. Sesuai untuk minuman harian, di bulan puasa dan lebih afdal lagi di hari ghaye. Kordial ni pekat dan manis. Tapi kalo rasa tak berapa manis, boleh di letak gula. Bergantung pada keserasian anda. Perisa-perisa yang available untuk di jual :


1) Anggur
2) Apple
3) Durian Belanda
4) Kuini
5) Limau Kasturi
6) Laici
7) Mangga
8) Markisa
9) Oren
10) Sarsi

11) Strawberi
12) Tembikai Susu

Perisa yang berkaler merah adalah antara yg hot market org nak beli dan yg sedap dari jenama ni.
Kordial ni semestinya "Buatan Malaysia", "Halal" dan "Kualiti". Ada di chop pada setiap packing.
Harganya : Sebotol RM17.00 / 3 botol RM50.00 (Boleh campur2 perisa)

Nak order bagitau saya... puasa pun nak dekat dah ni...

Kebahagiaan Dalam Perpisahan


Waahhh...tajuk pun pasti menggegarkan dunia.. Siapa yg berpisah ni?? Aku ke??? Ohh tidak...Mesti ramai yg dah tau kan... ni lagu Shahir AF8. Memang berhantu giler lagu ni. Aku selama ni tak pernah fanatik dengan AF, sekadar tengok n tau jer. Tak nak la org kata aku ketinggalan zaman.


Astro ada kat umah, bodoh la aku kalo x nak tengok. Tapi budak suci ni betul2 menggangggu keimanan aku la. Maybe dia look hamble kot. Apa dia nyanyi kat AF aku tengok mcm best jer.Aku suka giler bila dia nyanyi lagu anggapanmu-ZZ. Peerrgghhh... berasap wooo... Lepas tu time tula dia nak keluar pulak. Sedih wooo.... 4 hari 4 malam pikir kenapa boleh keluar. (Aku ni pandai komen jer tapi x nak undi). Kalo aku undi memang sejarah berulang kembali ler... X penah2 aku buat selama 8 tahun AF ni.. hehehe... Tapi tu la, maybe berkat doa aku kot dia masuk balik. Aku Afundi Masuk guna doa, x main la sms. kihkihkihkih...


Punya la aku ada semangat balik nak tengok AF bila si Shahir tu masuk balik. Sampai ler aku dengar lagu berhantu dia "Kebahagiaan dalam Perpisahan"... wahhh... lentok giler... x tahan aku wehhh...
Best giler... Nampak mcm old song pun old song lah (bak kata adlin). Janji best.. and janji dah juara pun... Lepas tu jenuh aku carik lagu dia dalam internet nak download. Pastu carik nak buat ringtone pulak. Takde ler... semua berbayar dgn credit card. Giler.. x berani aku. Lepas tu, atas berkat kesabaran dan kepandaian aku, aku dapat jugak tau ringtone shahir tu... huh... nangis woo org dengar kalo HP aku berbunyik.

Tapi x per, yg aku tau... aku memang fanatik shahir... Mcm mana nak g jumpa dia ehhh... hehehhe... berangan mcm org belum kawin kan aku ni??? kihkihkih... Anyway... gambar2 shahir kat sini untuk tatapan kalian yang melewati blog aku ni... Dan lirik lagunya yg penuh syahdu...
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Mana agaknya cinta kasih
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti