Perjalanan hidup kami....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, July 23, 2010

Apa benda yang membesar???

Jom asah minda...

Apa benda tang kepala membesar hari-hari,
tang badan membesar sebulan sekali,
tang kaki membesar setahun sekali...

Post kan jawapan anda di sini...

Selamat maju jaya...

Thursday, July 15, 2010

Boleh saya pinjam duit...??

SAYE NAK BELI BAJU YANG BERHARGA RM50 TAPI SAYA TIADA DUIT,
SELEPAS ITU SAYE MEMINJAM DUET DUA RAKAN SAYA SEBANYAK RM25 SEORANG JUMLAH SAYE PINJAM RM50 .

SELEPAS SAYE PERGI KE KEDAI BAJU ITU,TUAN PUNYA KEDAI MEMBERI SAYA POTONGAN HARGA SEBANYAK RM5. SO SEKARANG SEHELAI BAJU MENJADI RM45.
BAKI DI TANGAN SAYA MEMPUNYAI RM5 .SELEPAS ITU SAYA MEMBAYAR HUTANG KEPADA RAKAN SAYA SEBANYAK RM1 SEORANG. JUMLAH DI TANGAN SAYA SEKARANG BERBAKI RM3.

SO SAYA BERHUTANG DENGAN RAKAN SAYA SEBANYAK RM24 SEORANG. JIKA DITAMBAHKAN :-

RM24+RM24=RM48.

DAN DITANGAN SAYA MEMPUNYAI RM3.

KALAU RM48+RM3=RM51 ..ABES TUH MANE DATANG RM1 ITU????
PADEHAL SAYE MEMINJAM RM50

Arrrgghhh... tolong jawab soalan saye ni.. saya nak bayar hutang tu tapi tak tau nak bayar berapa.!!!!!!!!!!!

Tuesday, July 6, 2010

Apabila Kucing Mengiaw...

INFO YANG HARUS KITA KONGSI TENTANG "KUCING"

Pasti ramai diantara kita sukakan kucing dan ada juga yang takut atau geli dengan haiwan jinak ini. tetapi tahukan anda terdapat beberapa perkara yang menarik tentang kucing. Jom kita study :-

1. Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan

2. Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

3. Suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu. Menarikkan disebabkan kucing ada orang dimasukan ke dalam neraka, sebab kucing juga nabi mengelarkan Abdul Rahman bin Sakhr sebagai Abu Hurairah (bapa kucing) dan disebabkan kucing juga kajian menunjukan boleh mengurangkan darah tinggi dan stress .


Hmm.. tapi disebalik kelucuan makhluk ini, ternyata menyimpan satu potensi bahaya yang cukup besar. Si pussy ini ternyata boleh menjadi maklumat yang tepat dalam menyebarkan sejumlah fakta unik yang patut kita semak. Jom kita study lagi :-


Tahukah kamu, kucing (Felis silvestrid-catus), terutama kucing rumah adalah salah satu haiwan predator paling hebat di dunia. Kucing ini mampu membunuh dan atau memakan beberapa ribu species, mengalahkan kucing besar (seperti singa, harimau, dan sejenisnya) yang hanya mampu memangsa kurang dari 100 species. Namun kerana ukurannya yang comel, maka tidak berbahaya bagi manusia (syukurlah... boleh lah kita bela)

Kucing telah bersosial dengan kehidupan manusia sekurangnya sejak 3500 tahun yang lalu. Ketika itu orang Mesir kuno telah menggunakan kucing untuk mengusir hama tikus dan haiwan-haiwan kecil yang lain. Jadi, Zaman sekarang bela kucing untuk apa ya??? Kalau Tanya aku, aku jawab untuk hilangkan stress. Pada aku kucing adalah seekor binatang yang paling bijak menggoda.

Kucing biasanya memiliki berat badan antara 2.5kg hingga 7 kg dan jarang melebihi 10 kg, kecuali diberi makan berlebih, si pussy boleh mencapai berat badan 23 kg. Dalam kehidupan, kucing dapat hidup selama 15 hingga 20 tahun, dimana kucing tertua pernah diketahui berusia 36 tahun! Kucing liar yang hidup di lingkungan urban modern hanya mampu hidup selama 2 tahun atau bahkan kurang dari itu. Kenapa ya???? Adakah Zaman modern puncanya??

Kucing termasuk haiwan yang sangat bersih. Mereka sering merawat diri dengan menjilati rambut/bulu mereka. Saliva atau air liur mereka adalah agen pembersih yang kuat (untuk mereka) tapi dapat mendatangkan alergi kepada manusia. Kadangkala kucing memuntahkan semacam hairball atau gulungan rambut yang terkumpul di dalam perutnya. Ini perkara biasa untuk si Pussy. Sementara itu kucing dapat menyimpan tenaga dengan cara tidur lebih lama dan kebanyakkannya memang kucing ni adalah specis binatang yang kuat tidor. Lama tidur kucing bervariasi antara 12 - 16 jam sehari, dengan angka rata-rata 13 - 14 jam. Tapi tidak jarang dijumpai kucing yang tidur selama 20 jam dalam satu hari! Hebatkan???

Percaya atau tidak, di abad pertengahan kucing dianggap kawan baik dengan penyihir dan sering dibunuh dengan cara dibakar dan dilempar dari tempat tinggi oleh orang ramai. Sejumlah ahli sejarah percaya bahwa wabak Black Death menyebar dengan cepat di Eropa pada abad ke-14 akibat cerita tahyul itu. Hal itu disebabkan banyaknya pembunuhan kucing yang dilakukan sehingga meningkatkan kepopularan cik tikus yang membawa wabak lain pada abad itu.

Amacam?? Hebat kan sang kucing ni??
Ok, jom kita sembang pasal kisah binatang peliharaan aku pulak. Cuba korang teka binatang apa yg aku bela tu. Cuba tengok ekor dia..?? Sekali pandang macam tupai, dua kali pandang macam tapai pulak. Kekkeke...




Ok, ni la kucing aku. Nama dia si pussy. Nama ni nama turun temurun kucing yang aku bela. Dulu ada sekor lebih kurang mcm ni jugak cuma kaler oren. Mati sebab tercekik tulang. Mati depan aku pulak tu. Tak tau dah mcm mana nak selamatkan kucing yang tengah nazak tercekik tulang ni. Mengalir air mata aku tengok dia mati depan aku. Tapi tak per lah, dia mati sebelah aku.. tak ler aku rasa terkilan. Hampir 5 tahun jugak takde pengganti pussy yang oren tu. Tak tau lah kenapa, hati belum terbukak lagi kot nak carik pengganti dia. Tu dia penangan sang kucing. Kalau bercinta cepat jer ada replacement lover, tapi kucing punya hal.. 5 tahun takde pengganti. Hmmm...



Ok, alkisah aku dapat pussy ni pun pasal booking dgn org. Ibu dia memang specis ekor kembang mcm ni. Ibu dia beranak 5 ekor, tapi yang kaler ni jugak yg hidup. Aku ambik dari rumah orang tu time dia dah besar jugak.. 5-6 bulan kot age dia. Dah lepas susu badan pun. Sedih jugak nak pisahkan dia dengan Ibu dia.. tapi nak buat mcm mana kan. Aku bela dia utk yang lebih baik. Sebab orang yang bela ni pun sebenarnya nak buang kucing2 ni sebab Ibu tu kucing datang. Dah halau banyak kali tapi lepak jugak kat umah org ni. So.. better aku ambik. 1st day aku ambik dia, masuk dalam kereta.. punya la dia meroyan dalam kereta. Biasa la kucing kan jakun naik kereta. Anak2 aku yang kebetulan dalam kereta tu pun turut meroyan jugak bila tengok kucing ni tak keruan. Kekekkeke.. Sampai rumah aku terus simpan dia dalam toilet atas sebab toilet aku jarang anak2 aku gunakan. Petang tu order sangkar & peralatan rumah dia.. dapat 2-3 hari lagi. Tu yang sumbat dulu dlm toilet tu. Punya la bising 1 rumah. Kekekkekeke... Tapi kejap jer. Esok aku bagi dia keluar tapi dia lepak kat hall atas jer. Tak berani nak turun bawah. Masih penakut lagi la that time. Aku paham tu.





2 hari kucing aku tu tak berak & kencing. Aku kurung jer dlm bilik air sebab nak soh dia buat port berak kencing dalam tu. Tak mo la dia carik port kat luar. Tau la diorang ni, sekali dah buang, situ ler port baik diorang. Kkekkekeke.. nak jadik kan cerita... hari ke 3 pagi tu aku bukak jer pintu bilik air tengok ada taik & kencing dia. Kkekkeke.. Lega aku beb. Finally. So, aku tau lah lepas ni memang dia akan berak kencing kat situ jugak. Hmm.. alhamdulillah... pussy ni bijak, x de pun dia berak kencing merata2 sampai la sangkar & tempat berak dia sampai. Maka, tidor la dia kat luar dalam sangkar 1 tingkat aku belikan. Ada toilet berpasir dalam tu. Sampai la sekarang, x penah dia buang najis merata2 walaupun aku bebas biarkan dia di lama rumah.


Tapi, dia ni dah dapat penyakit pemalas nak berak kencing pulak. Tahan jer kot. Kalo weeknd memang aku lepas kan dia main kat dalam and luar umah. Time tu la dia tak nak berak kencing. Makan punya la banyak.. lepas makan asyik nak main jer. Panjat sofa, tangga, nyorok belakang pokok. Hisss.. mcm2 lagi ler peel dia ni. Aku ni sampai riso tengok dia x nak berak kencing. Dia ni mengada. Nak kena aku angkat dia masuk dalam sangkar dia baru dia berak kencing. Kalo tak buat mcm tu, dia dok tahan jer. Geram betul aku. Tu la bijaknya kucing aku. Lagipun memang sah dia ni bijak sebab kat lelangit mulut dia ada tanda hitam. Orang kata gitu. Kalo lelangit kucing ada tanda hitam, kucing tu bijak. Kekekke.. tengok la tuan dia jugak. Bezanya lelangit aku x de la kaler hitam tu.


Ok, bab makan pulak aku selalu merebus jer ikan2 tu. Kengkadang campur ngan nasik. Kengkadang ratah ikan jer dia tu. Kalo aku x de masa sangat, makanan segera dalam tin lah atau biskut. Pastu kucing aku ni demanding. Tak nak minum air kosong. Nak susu!!!! Hissshhh... naik lagi budget aku. Tapi x per.. sonok tengok dia lahap minum susu tu. Tapi dia ni memang kuat makan. Badan dia pun dah naik sangat tu. Aku baru bela dia 2 bulan pun, dah nampak bujang pun sekarang sebab dah besor.


Plan aku sekarang aku nak bawak dia gi Klinik. Gi sunat kan dia. Semalam masa aku kuar kejap gi kedai, malas nak kurungkan dia. Balik tu tengok dia tengah usha betina mana entah. Ciss.. dah menggatal rupanya. Siap main kejar2 lagi. Ini sudah melampau. Ada yang kena sunat ni kang. Tengok lah nanti.. dalam masa terdekat ni. Gi kinik kat puchong jer kot. Kat situ ada. Jaga kau pussy. Malas aku nanti kalau dia dah start memancut jer.



Setiap minggu mandikan dia dan potong kuku dia. Tu memang wajib. Kang habis sofa aku lobang2 dia kerjakan. Katil Goodnite yang aku baru beli tu pun dah ada kesan lubang kuku dia. Huh... Tak boleh jadik betul dia ni. Ganas dan buas. Tapi, we'll memang sayang kat dia ni sebab dia memang kucing yang tak buat hal dan tak buat ragam. Aku harap dia semakin sihat dan kuat.












































Tuesday, June 29, 2010

Futsal oh Futsal



Gamat MSOG bila ada Futsal game baru2 ni. Ada yang excited, ada yang malas nak pegi konon tak pandai main, ada yang beli kasut baru (kekekke.. tu aku la tu), ada yang berperang mulut kat opis before nak main, mcm2 lagi la.. Aku yang tak penah main pun turut la excited nak main. Kaki high heel, apa barang main bola. Kekekek...

Kitorang buat kat Kompleks Sukan Taman Pancarona, Presint 18, Putrajaya. Open Air. Aku tak tau kat mana tempat ni, belasah jer la. Tempat ni baru atas bukit. Kalo dari Masjid Putrajaya tu lalu jer kat tengah2 Kompleks Kerajaan tu. Ada Putrajaya Holding, Kompleks Audit Negara, pastu nampak signboard Presint 5-20 turn left. Pastu turn right, pastu nampak dah Kompleks Futsal. (Aku tau ni pun pasal kebetulan terfollow budak opis nak ke sana) Kekekke.. kalo tak menggagau jugak carik tempat ni.

GERMANY
vs
ESPANYOL
(Semi-Final)

Hah, tengok gambar ni.... GAmbar group aku. Group G (Germany) konon!!!. Sorang tak de dalam gambor. Si Mat Amin. Kat Site katanya. Dah ngam2 jer group aku ni. Kalo ada yg kojol, xde la replacement. Al kisah 1st game, aku lawan group H (Honduras) kononnya. Group ni semua pompuan sorang jer laki. Kekekke. Memang akan tumpas ler kat tangan aku. Memang betol!!!! Tumpas habis dengan kemenangan 4-1. Yang best nya, aku jaringkan sebijik gol tau!!!! Jangan main2... high heel tuh!!!... So.. group aku mara ke pusingan separuh akhir.


Diorang ni memang suka gelakkan orang ni....

Game 10 minit dah boleh bikin aku semput beb! Aku kena attack that time tapi cuba maintain cool. Dah la x de replacement, nak tak nak kena main jugak utk semi final. Cissss... LAwan group E (Espanyol) konon. Group Suzi la ni yang aku dok tak berkenan!!! Mana aci... group ramai lelaki. Yang ni aku malas nak komen.... sebab group aku tumpas. Apa tak nya... aku masih semput diorang ajak main. Hmm.. jadik keeper jer lah aku. Tu pun kena bolos.
Sepakan berpusing

Ok lah.. aku sebenarnya bagi chance kat Group Espanyol mara ke akhir. Kalo aku akhir sure kalah teruk nanti. Kalah teruk 1 hal, aku takut aku terus ke Hospital Putrajaya jer. Kekekekke... And finally, Group Espanyol vs Denmark. Espanyol memang dengan sorakan kami 4-2. Bravoo bravoo...

Apa pun.. seronok jugak main futsal ni. Tapi yang tak seronok nya.. main tengah panas. Tu yg lagi cepat weak tu. Balik rumah terus pengsan. 4 hari 4 malam sakit kaki wooo... kekkekkee... Lawak pulak aku ni. Anyway, ada beberapa photos utk kita share bersama. Maybe nice shoot from my DSLR to share... Chears....

Liz Fat, G n Na

Thursday, June 10, 2010

Aku dan MSOG

Sudah hampir 2 tahun aku bekerja di sini, di Procurement Department. Ini Company ke 2 aku yang aku berkhidmat paling lama buat masa ini. Paling lama 6 tahun. Aku bersyukur diterapkan ke department ini. Aku punyai kawan sekerja yang sekepala dengan aku dan aku takde apa2 masalah berurusan dengan diorang. Banyak jugak rintangan, rintihan dan pengalaman di sini. Dari takde Boss, sampai lah ada Boss. Boss bertukar ganti and sampai boss pun x de, tapi tu semua tak menggugat perjalanan procurement di sini. Sekarang, kami cuma ada 4 org yang menjalankan urusan procurement untuk semua project. Hebat bukan??? We'll semua perempuan tau. Bukan calang2. Tahniah buat group aku!! Kerana korang aku masih ada di sini.



Siapa tak kenal Misi Setia Oil & Gas... semakin grow dan semakin well knowed. Congratulate!!!! Management ok jer.. takde banyak masalah. Yang banyak timbul masalah semua pekerja2nya saja. Tapi tu tak penting bagi aku. Biasa la, company besar... mcm2 hal dan perangai org kita jumpa. Ada yg suka kita, ada yang tak suka kita... Tu semua manusia lah. Siapa kita untuk menidak kehendak manusia kan??? Selagi ada upaya untuk bersabar, sabar jer lah. Selagi periuk nasik aku diorang tak masukkan pasir dah ler. Buat masa ni aku bersyukur dengan rezki di MSOG.


Aku nak move Company lain pun malas. Takut tak jumpa dah dengan Team Procurement aku yg hebat ni. Lagi pun banyak benefit yg diorang provide kat sini. Ye lah, before ni aku kena company kecik jer, mana nak provide ni semua. (Kalau ada staff MSOG yg baca ni terjelir lidah sebab loya dengan statement aku ni, sorry lah ya. Come on lah, nama pun BLOG aku kan.. so, ni luahan aku la) Hehehehe... Pastu tiap2 sabtu dalam sebulan akan ada event/CSR. Kat sini mcm2 kitorang punya activiti.. memang fun habis.. Kengkadang memang malas nak attend hari sabtu. Baik tido kan...?? Tapi bila dah attend, memang best. Ada tournament la, melawat anak2 yatim la, CSR kat waterfall la, Futsal lah and mcm2 lagi lah. Aku rasa yang ni memang x banyak company buat kot.


Tapi dalam hapy2 pun kengkadang ada yang tak hepi jugak. Nak kata air mata aku ni dah lali mengalir kat sini. Maklum la... org ada taman dalam hati. NAmpak brutal tau, tapi aku ratu airmata. kihkihkihkih... Malu I. Nangis sebab kerja, nangis sebab perpisahan, nangis sebab gembira.. semua guna airmata. Bab perpisahan la yang paling aku tak suka kat sini. Sorang2 teman rapat pergi. Nak halang pun dah tak boleh kan sebab tu kehendak masing2. Tu aku cakap, aku mungkin bahagia di sini tapi tidak pada org. Nama pun BLOG aku kan... hehehhe. Ni Suzi pulak going for leaving us. One of my group ni. Banyak kali dah pujuk dia, tapi x berhasil. Aku paham dia.. nak halang pun x sampai hati. Nak soh pegi pun mcm kejam sangat bunyik dia. Tak per lah G... "Ada hikmah tersembunyi" - kata2 di KLCC. Hanya kau dan aku saja yg tahu.


Anyway, aku harap group procurement aku ni akan maintain lah. K.Wa, Ina n Chee. I love you'll so much!!! Ingat... "JANGAN ADA BENCI ANTARA KITA"

Wednesday, June 9, 2010

Mood

Aku tak tau harini kenapa aku takde mood. Takde mood nak buat keja and fikiran pun ada sedikit terganggu. Rasa nak balik tido jer. Aku rasa aku tau kot kenapa aku macam ni. Ni semua pasal Trip ke Bandung. Actually try terima kenyataan, tapi frust jugak. Nak kata ada hikmahnya.. maybe. Tapi still tak leh accept la. Hmm and somemore, malam tadi anakandaku tak sihat. Si kakak batuk kuat. Temperature ok. Tgh2 malam bangun ambik ubat batuk. Dapat perasan dia macam ada asma, bila batuk dada dia tight. Kesian dia tak lena tido malam tadi termasuk lah aku. Nasib baik cuti sekolah. Pagi subuh bagi dia ventolin sebab mcm tight lagi dada dia.. Dia nampak lega and sambung tido.



Aku kena hantar dia ke nursery sebab kat opis pun banyak keja. Project dah nak end, so peak jugak la. Kat opis pulak mcm2 hal yg membuatkan aku marah. Diorang ni memang tak reti buat keja betul. Apa lagi kalo dept tu punya hal la. Dah ada procedure tak nak ikut. Nak main hentam jer. Hangin 1 badan betul budak2 ni. Kengkadang bosan jugak kat sini bila kena corporate ngan team yang entah apa2 entah mcm ni. Boleh bikin aku migrane jer. Tension betul...

Lagi pulak aku bengang dengan T***** ni. Siap mengadu ngan bos dia aku S**** P*******!!!! Bangsat. Aku punya salah senang sangat dia carik. Kalo aku nak cerita hal dept dia tu pun sama. Entah apa yg dia x puas hati ngan aku entah aku tak tau. Tapi memang aku tau diorang semua tak puah hati ngan aku walaupun aku tak pernah kacau diorang pun. Biasa la... aku kan HOT kat sini!!!


Bengong!!!! Time dia b***** tu tak reti pulak org semua geli ngan dia. Memang bawak P******* betul!!! Ada tak hal tu kitorang nak bising2??? Takde pun kan????? Walaupun aku rasa nak naik termuntah tiap kali dia b*****. Entah penyakit apa entah dia bawak tu... Dia tak sedar kalo dia maki2 org, marah2 org semua tu. Hal aku pun dia nak complaint???? Please lahhhh... Menyampah betul aku ngan diorang ni.... Cisssss..... bedebah betul!!!!



Dah, aku malas nak citer hal org bangang mcm diorang ni. Buang masa aku jer. Hmm.. ptg kang balik keja nak bawak kakak. Tak tau nak g klinik mana. Ingat nak g An Nur Kanak2 kat bangi. Tengok keadaan dia ptg kang mcm mana. Kalau tak baik jugak maybe gi sana. Kalau makin better, g klinik biasa jer kot. Hope she better... Sian kakak.

Monday, June 7, 2010

DSLR Aku





DSLR stand for Digital Single-Lens Reflex Camera. Aku nekad jer beli benda ni yang berharga hampir 2 ribu. Tu pun yang paling biasa dan murah yang sesusai untuk golongan macam aku yang tak tau apa-apa pasal skill nak gunakan DSLR ni. Aku cuma tau camera ni boleh shoot gambar yang cantik2. Model tak cantik pun takper, asal guna camera DSLR, hasilnya tetap memuaskan. Dah lama sangat tangguh2 nak beli camera ni sebab harganya. Tapi 1 malam tu aku nekad giler.. pegi IOI kedai camera. Tak sampai 20 minit sales tu buat presentation kat aku, aku terus sambar. Siap g bank cucuk duit lagi. Aku rasa kedai tu ler yg paling lewat tutup malam tu. Aku sampai IOI pun dah kol 8, g makan lagi pastu baru g kedai camera. Kol 10.15 baru settle jual beli. Sebab nak kena belajar lagi ler mcm mana guna. Presentation tu dia just soh kita pegang n try amik gambar jer. Lepas confirm beli baru dia ajar mcm mana nak amik gambar dengan cara betul. Lepas tu balik rumah dengan perasaan yang amat amat excited. Terus charge bateri dia sementara tidurkan anak2. Apa tak nya.. sampai rumah pun dah kol 11 lebih. Mlm tu operasi aku ngan hubby aku amik gambar. Pertandingan siapa shoot terhebat selepas 3 jam membeli dan belajar. Kihkihkih... Banyak hasil yang dapat la.. memang puas hati beb dgn gambar2nya. Best giler....


Nak pakai DSLR ni kena hafal lah function2 dia, kalo tak semua function tu tak pakai.. sayang. Selang seminggu kitorang plan pegi bercuti. Amik tempat yang dekat jer lah sebab nak test camera. We'll g P.D. stay kat The Legend International Water Challet. Macam2 gambar ambik. Tak boleh nak cakap dah kepuasan pakai camera ni. So, kalau ada kawan2 kat sini yang minat bab2 photograph ni.. cuma ler beli seketul camera ni. Memang puas hati. Tak tau tak per, beli dan learn every step yang kita ambik tu. Insyaallah boleh.






Lagi satu, info yang I dapat la.. lense dia ada mcm2 jenis. Kalo yang package beli terus ada tu sesuai untuk ambik gambar View.. pemandangan. Kalo nak ambik gambar pengantin atau more too orang, kena tukar lense lain untuk dapat hasil yang lebih memuaskan. Tapi haritu aku amik gambar sepupu kawin pakai yg biasa pun dah nampak cun.. Aku rasa kena tengok skill n tangan jugak kot. Hehehhe... tangan aku sejuk kot pegang camera... hakhakhak...



So.. aku rasa zaman sekarang org dah tak pakai digital camera atau webcam kot. Aku tengok ramai dah kehulu hilir pegang DSLR ni. Nak g makan pun ada camera atas meja. Dasyat kalo mcm tu... hehehhe.. Aku control skit ler pasal mak budak kan.. kena control ayu gak. hehehehhe...



So frens, ada beberapa keping photos yang aku ambik yang boleh kita share sendiri. Gambar2 yang di ambik ni adalah hasil selama 2 bulan aku pegang DSLR ni...

Friday, June 4, 2010

Kordial Buah











Macam biasa, aku tetap menjalankan perniagaan Kordial Air Buah yang sedap dan halal. Kordial yang mempunyai sukatan 3L dan mempunyai 12 perisa yang enak2 belaka. Sesuai untuk minuman harian, di bulan puasa dan lebih afdal lagi di hari ghaye. Kordial ni pekat dan manis. Tapi kalo rasa tak berapa manis, boleh di letak gula. Bergantung pada keserasian anda. Perisa-perisa yang available untuk di jual :


1) Anggur
2) Apple
3) Durian Belanda
4) Kuini
5) Limau Kasturi
6) Laici
7) Mangga
8) Markisa
9) Oren
10) Sarsi

11) Strawberi
12) Tembikai Susu

Perisa yang berkaler merah adalah antara yg hot market org nak beli dan yg sedap dari jenama ni.
Kordial ni semestinya "Buatan Malaysia", "Halal" dan "Kualiti". Ada di chop pada setiap packing.
Harganya : Sebotol RM17.00 / 3 botol RM50.00 (Boleh campur2 perisa)

Nak order bagitau saya... puasa pun nak dekat dah ni...

Kebahagiaan Dalam Perpisahan


Waahhh...tajuk pun pasti menggegarkan dunia.. Siapa yg berpisah ni?? Aku ke??? Ohh tidak...Mesti ramai yg dah tau kan... ni lagu Shahir AF8. Memang berhantu giler lagu ni. Aku selama ni tak pernah fanatik dengan AF, sekadar tengok n tau jer. Tak nak la org kata aku ketinggalan zaman.


Astro ada kat umah, bodoh la aku kalo x nak tengok. Tapi budak suci ni betul2 menggangggu keimanan aku la. Maybe dia look hamble kot. Apa dia nyanyi kat AF aku tengok mcm best jer.Aku suka giler bila dia nyanyi lagu anggapanmu-ZZ. Peerrgghhh... berasap wooo... Lepas tu time tula dia nak keluar pulak. Sedih wooo.... 4 hari 4 malam pikir kenapa boleh keluar. (Aku ni pandai komen jer tapi x nak undi). Kalo aku undi memang sejarah berulang kembali ler... X penah2 aku buat selama 8 tahun AF ni.. hehehe... Tapi tu la, maybe berkat doa aku kot dia masuk balik. Aku Afundi Masuk guna doa, x main la sms. kihkihkihkih...


Punya la aku ada semangat balik nak tengok AF bila si Shahir tu masuk balik. Sampai ler aku dengar lagu berhantu dia "Kebahagiaan dalam Perpisahan"... wahhh... lentok giler... x tahan aku wehhh...
Best giler... Nampak mcm old song pun old song lah (bak kata adlin). Janji best.. and janji dah juara pun... Lepas tu jenuh aku carik lagu dia dalam internet nak download. Pastu carik nak buat ringtone pulak. Takde ler... semua berbayar dgn credit card. Giler.. x berani aku. Lepas tu, atas berkat kesabaran dan kepandaian aku, aku dapat jugak tau ringtone shahir tu... huh... nangis woo org dengar kalo HP aku berbunyik.

Tapi x per, yg aku tau... aku memang fanatik shahir... Mcm mana nak g jumpa dia ehhh... hehehhe... berangan mcm org belum kawin kan aku ni??? kihkihkih... Anyway... gambar2 shahir kat sini untuk tatapan kalian yang melewati blog aku ni... Dan lirik lagunya yg penuh syahdu...
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Mana agaknya cinta kasih
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti



Thursday, June 3, 2010

Kini aku bermula...

Harini.. 03-June-2010, aku mula mengenai blog. Ni semua gara2 si Suzi la ni.. cakap best sangat. Nahhh... sekali baca blog dia, nangis wooo... Pasal anak2 dia yg kembar 5 pun ada. Lebih membacanya. Tapi best jugak, tu yg terus create tu... Entah apa yg aku create pun aku tak tau.

At this momment, x tau nak tulis apa ni. Just for introduction saja lah...
Will update you'll later ya... once ada story... Chiooo...