Perjalanan hidup kami....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 29, 2010

Futsal oh Futsal



Gamat MSOG bila ada Futsal game baru2 ni. Ada yang excited, ada yang malas nak pegi konon tak pandai main, ada yang beli kasut baru (kekekke.. tu aku la tu), ada yang berperang mulut kat opis before nak main, mcm2 lagi la.. Aku yang tak penah main pun turut la excited nak main. Kaki high heel, apa barang main bola. Kekekek...

Kitorang buat kat Kompleks Sukan Taman Pancarona, Presint 18, Putrajaya. Open Air. Aku tak tau kat mana tempat ni, belasah jer la. Tempat ni baru atas bukit. Kalo dari Masjid Putrajaya tu lalu jer kat tengah2 Kompleks Kerajaan tu. Ada Putrajaya Holding, Kompleks Audit Negara, pastu nampak signboard Presint 5-20 turn left. Pastu turn right, pastu nampak dah Kompleks Futsal. (Aku tau ni pun pasal kebetulan terfollow budak opis nak ke sana) Kekekke.. kalo tak menggagau jugak carik tempat ni.

GERMANY
vs
ESPANYOL
(Semi-Final)

Hah, tengok gambar ni.... GAmbar group aku. Group G (Germany) konon!!!. Sorang tak de dalam gambor. Si Mat Amin. Kat Site katanya. Dah ngam2 jer group aku ni. Kalo ada yg kojol, xde la replacement. Al kisah 1st game, aku lawan group H (Honduras) kononnya. Group ni semua pompuan sorang jer laki. Kekekke. Memang akan tumpas ler kat tangan aku. Memang betol!!!! Tumpas habis dengan kemenangan 4-1. Yang best nya, aku jaringkan sebijik gol tau!!!! Jangan main2... high heel tuh!!!... So.. group aku mara ke pusingan separuh akhir.


Diorang ni memang suka gelakkan orang ni....

Game 10 minit dah boleh bikin aku semput beb! Aku kena attack that time tapi cuba maintain cool. Dah la x de replacement, nak tak nak kena main jugak utk semi final. Cissss... LAwan group E (Espanyol) konon. Group Suzi la ni yang aku dok tak berkenan!!! Mana aci... group ramai lelaki. Yang ni aku malas nak komen.... sebab group aku tumpas. Apa tak nya... aku masih semput diorang ajak main. Hmm.. jadik keeper jer lah aku. Tu pun kena bolos.
Sepakan berpusing

Ok lah.. aku sebenarnya bagi chance kat Group Espanyol mara ke akhir. Kalo aku akhir sure kalah teruk nanti. Kalah teruk 1 hal, aku takut aku terus ke Hospital Putrajaya jer. Kekekekke... And finally, Group Espanyol vs Denmark. Espanyol memang dengan sorakan kami 4-2. Bravoo bravoo...

Apa pun.. seronok jugak main futsal ni. Tapi yang tak seronok nya.. main tengah panas. Tu yg lagi cepat weak tu. Balik rumah terus pengsan. 4 hari 4 malam sakit kaki wooo... kekkekkee... Lawak pulak aku ni. Anyway, ada beberapa photos utk kita share bersama. Maybe nice shoot from my DSLR to share... Chears....

Liz Fat, G n Na

4 comments:

  1. eleh.. dah kalah.. beribu alasan keluar.. huh.

    ReplyDelete
  2. Wehhh G, kitorang bagi jalan kemenangan pun dah kira baguih tau. Hah.. setakat 4-3 tu, bukan la hebat sangat group Espanyol tu. Kan Chor kan..

    ReplyDelete
  3. tgok ler saper penjaga gol Denmark ni...teror tuu... :)

    ReplyDelete